Usaha Oman Menyebarkan Agama Islam Pada Zaman Awal Di Nusantara. [Oman's Efforts To Spread Islam In The Early Islamic Period In The Malay Archipelago]

Contenu

Titre
Usaha Oman Menyebarkan Agama Islam Pada Zaman Awal Di Nusantara. [Oman's Efforts To Spread Islam In The Early Islamic Period In The Malay Archipelago]
Créateur
Hadi, Habib Mahroon Al
Rosdi, Mohd Syakir Mohd
Date
2023
Dans
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari
Résumé
Usaha masyarakat Arab khususnya dari Oman menyebarkan Islam ke Kepulauan Melayu telah membuahkan hasil yang banyak. Masyarakat Melayu menerima dakwah yang disampaikan oleh Oman sehingga ramai dalam kalangan orang Melayu memeluk Islam. Mengikut sejarah, rakyat Oman hadir sebagai pedagang untuk berniaga di Tanah Melayu, khususnya dikenali sebagai Malaysia dan Indonesia. Peninggalan sejarah seperti Masjid Oman dan pakaian seperti pakaian masyarakat Oman terserlah dalam kalangan masyarakat Melayu. Persoalannya, bagaimana masyarakat Oman boleh menjinakkan hati orang Melayu dengan Islam? Apakah langkah yang telah mereka lakukan untuk dapat membawa hati orang Melayu kepada Islam? Berdasarkan persoalan tersebut, kertas kerja ini bertujuan menganalisis usaha-usaha yang dilakukan oleh Oman dalam menyebarkan agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu. Untuk mencapai matlamat ini, reka bentuk kajian kualitatif asas bersama kaedah pengumpulan data iaitu kaedah kajian dokumen digunakan untuk mendapatkan data sekunder. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini menunjukkan tentang sejarah Oman, kepentingan komersialnya, dan minat orang Oman dalam menyebarkan seruan Islam di kawasan luas Lautan Hindi. Kajian ini dapat memberi penjelasan tentang usaha Oman dalam menyebarkan Islam di Nusantara Melayu, pengaruh budaya dan sosial.
Langue
mal
volume
24
numéro
2
pages
129-144
doi
10.37231/jimk.2023.24.2.813
issn
2289-6325
Droits
Copyright (c) 2024 Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari

Hadi, Habib Mahroon Al et Rosdi, Mohd Syakir Mohd, “Usaha Oman Menyebarkan Agama Islam Pada Zaman Awal Di Nusantara. [Oman's Efforts To Spread Islam In The Early Islamic Period In The Malay Archipelago]”, 2023, bibliographie, consulté le 7 septembre 2024, https://ibadica.org/s/bibliographie/item/22599

Position : 30758 (1 vues)